BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 28 October 2010

Cerita Malam Pertama

satu masa sebagai bahan renungan bersama
merenungkan indahnya malam pertama
tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
dan bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam dan Hawa...

ianya malam pertama perkhawinan kita dengan Malaikat Maut
sebuah malam yang meninggalkan tangisan dan sendu sanak saudara...

hari itu, mempelai sangat dimanjakan
mandipun, harus dimandikan
seluruh badan "Kita" dibuka
tiada sehelai benang menutupinya
tidak juga sedikitpun rasa malu
seluruh badan digosok dan dibersihkan
kotoran dari segenap lubang dikeluarkan
bahkan ditutupi kapas putih...

itulah susuk "Kita"
itulah jasad "Kita" waktu itu...

setelah dimandikan
kita dipakaikan jubah cantik berwarna putih
kain itu, amat jarang orang memakainya
kerana sangat terkenal yang bernama "Kapan"
wangian ditaburkan ke baju "Kita"
kepala, badan, dan kaki diikatkan
tataplah.... tataplah... itulah wajah "Kita"
keranda pelamin... disiapkan segera
pengantin bersanding sendirian...

mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri jiran tetangga
menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
serta rasa kesuraman para sahabat
gamelan syahdu bersyairkan azan dan kalimah zikir
akad nikahnya bacaan talqin
berwalikan liang lahad
saksinya batu nisan, yang telah tiba dulu
siraman air mawar, pengantar akhir kerinduan
dan akhirnya, tiba masa pengantin
menunggu dan ditinggalkan keseorangan
untuk dipertanggungjawabkan seluruh langkah kehidupan...

malam pertama yang indah atau meresahkan
ditemani ulat dan cacing tanah
kamar bertilamkan tanah..

dan ketika 7 langkah telah pergi
malaikat lalu bertanya.
"Kita" tidak tahu apakah "Kita" memperolehi Nikmat Kubur
atau "Kita" akan memperolehi Siksa Kubur
"Kita" tak tahu, dan tiada siapa yang tahu...

Saturday 16 October 2010

Sejarah Solat Lima Waktu

Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam A.S. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam A.S. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim A.S. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus A.S. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah S.W.T. dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus A.S. di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus A.S. lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah S.W.T. daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa A.S. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah S.W.T. dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa A.S., lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa A.S.. Pada ketika itu, Nabi Musa A.S. telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah S.W.T. menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa A.S. empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Manakah Kita?

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun". Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi, aku redha dengan ketentuan-Mu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa mengumpulkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kubur menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yang kedekut?
Orang yang kedekut ialah orang yang membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.

SEBAIK-BAIK manusia itu adalah mereka yang memberi manfaat kepada manusia lain...

Bacalah Yassin

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan, iaitu:-
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang;
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian;
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh;
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut;
5. Jika terpenjara akan dibebaskan;
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya;
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya;
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya;
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya;
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya;
11. Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali".
12. Sabda Rasulullah S.A.W. lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah S.A.W. bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik".

12 Barisan Manusia, Menuju Akhirat

Barisan pertama:
   Diiringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki. Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :-
   "Mereka adalah orang yang menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yang sombong dan tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan di dunia mahupun di akhirat".
Firman Allah S.W.T lagi:-
   "Aku akan memalingkan hati orang yang sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayat-Ku (yang menunjukkan kekuasaan-Ku), itulah balasan dan tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:
   Diiringi dari kubur dalam bentuk babi hutan, lalu datang seruan Allah S.W.T.: "Mereka orang yang meringankan solat sewaktu hidup, sesungguhnya orang yang memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari seksa kubur dan sebaliknya, mereka yang mengabaikannya, maka waktu dia mati, mayatnya akan dihimpit oleh liang lahad sehingga berselisih tulang rusuk".
   Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat, maka diletakkan semua dosanya di atas kepala dan kedua-dua bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa-dosa itu.

Barisan ke-3:
   Diiringi dari kubur dengan bentuk keldai dengan perut penuh ular serta kala jengking. Mereka adalah orang yang enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dalam orang yang berkemampuan. Inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
   Diiringi dari kubur dalam keadaan darah memancut keluar dari mulut. Mereka adalah antara orang yang suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yang diperoleh datang dari sumber yang halal.

Barisan ke-5:
   Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai. Ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar. Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. Inilah balasannya dan tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:
   Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan. Mereka adalah orang yang dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:
   Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah dan nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yang enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:
   Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik, kepala ke bawah dan kaki ke atas. Mereka adalah orang yang melakukan zina. Tempat mereka juga adalah di neraka.
   Sabda Rasulullah S.A.W.: "Tiada bersunyi-sunyian antara seorang lelaki dan wanita, melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:
   Diiringi dari kubur dengan wajah hitam dan bermata biru, sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. Mereka adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:
   Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh berpenyakit sopak dan dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:
   Diiringi dari kubur dalam keadaan buta, gigi panjang seperti tanduk lembu jantan, bibir terjuih hingga ke dada dan lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yang menjijikkan. Mereka ini adalah orang yang minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
   Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar-sinar seperti bulan purnama. Mereka melalui titian Siratul Mustaqim seperti kilat. Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan:
   "Mereka semasa hidupnya adalah orang yang beramal soleh dan melakukan kebaikan. Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat 5 waktu dan meninggal dunia dalam keadaan bertaubat. Inilah balasan mereka dan tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah S.W.T".

Thursday 14 October 2010

Tanda-tanda Kematian Seseorang

100 hari sebelum kematian:
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian:
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian:
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian:
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir sebelum kematian:
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali.
1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.
3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan "Laa illaa ha illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat menjawabnya.