1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima lima kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdoa.
2. Untuk menghilangkan stress, perbanyakkanlah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah S.W.T. dengan zikir dan doa.
3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlakku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).
4. Untuk mempunyai bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.
5. Agar tubuh kelihatan langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu dua kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud A.S. iaitu selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyakkan sayuran, buah-buahan, dan air putih.
6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian, kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Sunday, 29 August 2010
Ketahuilah Produk Akhirat
Posted by ibnu ismail al-serkami at 01:06 0 comments
Labels: islam
Rahsia 13
Inilah dia rahsia Solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu;
1. Niat Sembahyang, sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbiratul Ihram, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah, sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’, sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal, akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud, memagar kita ketika menyeberangi titian Siratol Mustaqim.
8. Duduk antara dua Sujud, akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara dua Sujud (akhir), menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir, sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi, sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam, memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib, akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
Dari Abdullah bin ‘Amr R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda: “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi dan Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu "FRIDAY the 13th" jika ada di kalangan kamu yang perasan.
Posted by ibnu ismail al-serkami at 00:51 2 comments
Labels: islam
Cara Mandi Wajib yang Betul
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua-dua keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49 menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .
Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun-rukunnya. Jika tidak, mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara:-
Pertama, niat.
Kedua, menghilangkan najis di badan.
Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala." atau "Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala."
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah satu anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu, mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang kedua, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ketiga, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu-bulu yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu-bulu dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya bulu-bulu di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yang boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yang berbeza.
Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab-sebab seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab-sebabnya terdiri daripada enam sebab. Tiga sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala tiga sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah).
Mandi wajib boleh dilakukan di mana-mana dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai, laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok-eloknya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Wassalam.
Posted by ibnu ismail al-serkami at 00:37 0 comments
Labels: islam
Friday, 27 August 2010
Luasnya Neraka
Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik R.A. berkata:-
Jibrail A.S. datang kepada Nabi S.A.W. pada waktu yang dia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi S.A.W.,
"'Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya:-
"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah S.W.T. menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan seksa kubur itu benar, dan seksa Allah S.W.T. itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."
Lalu Nabi S.A.W. bersabda:-
"Ya Jibrail A.S., jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya:-
"Ya. Ketika Allah S.W.T. menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah S.W.T. yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah S.W.T. yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah S.W.T. yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh. Demi Allah S.W.T. yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat terseksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi S.A.W. bertanya:-
"Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"
Jawabnya:-
"Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain sebanyak 70 kali ganda (iaitu yang lebih bawah lebih panas)".
Tanya Rasulullah S.A.W.:-
"Siapakah penduduk di antara pintu-pintu tersebut?"
Jawab Jibrail A.S.:-
"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa A.S., serta keluarga Fir'aun dimana namanya Al-Hawiyah;
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim;
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar;
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha;
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah;
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir;
Kemudian Jibrail A.S. diam segan pada Rasulullah S.A.W. sehingga ditanya:-
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya:-
"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari umatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."
Maka Nabi S.A.W. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail A.S. meletakkan kepala Nabi S.A.W. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah dari sedar Nabi S.A.W. bersabda:-
"Ya Jibrail A.S., sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umatku yang akan masuk ke dalam neraka?"
Jawabnya:-
"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari umatmu."
Kemudian Nabi S.A.W. menangis, Jibrail A.S. juga menangis, kemudian Nabi S.A.W. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah S.W.T..
(Dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yang Lalai')
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari-Ku;
Tahukah kamu bahawa neraka jahannam-Ku itu:-
1. Neraka Jahannam itu mempunyai 7 tingkat;
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah;
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung;
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah;
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik;
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak;
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum;
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular;
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat;
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai;
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat.
Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......Wallahua'lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."
Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .
Bertanya orang kepada Rasulullah S.A.W.:-
"Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"
Maka jawabnya Rasulullah S.A.W.:-
"Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'. Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan-Ku dan hamba-hamba-Ku."
Disebutkan oleh hadith Rasulullah S.A.W. bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah R.A. sabda Rasulullah S.A.W.:-
"Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah S.W.T. memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: 'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba-Ku yang berpuasa (Ahli Puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekalian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari Nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di Bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang di Firman oleh Allah S.W.T. di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada hari yang telah lalu itu."
Posted by ibnu ismail al-serkami at 07:47 0 comments
Labels: renungan
Thursday, 26 August 2010
Salam Ramadhan
Posted by ibnu ismail al-serkami at 00:29 0 comments
Labels: ramadhan
Wednesday, 25 August 2010
Most Expensive Cars In The World: Top 10 List 2009-2010
1. Bugatti Veyron $1,700,000. This is by far the most expensive street legal car available on the market today. It is the fastest accelerating car reaching 0-60 in 2.6 seconds. It claims to be the fastest car with a top speed of 253 mph+. However, the title for the fastest car goes to the SSC Ultimate Aero which exceed 253 mph pushing this car to 2nd place for the fastest car.
3. McLaren F1 $970,000. In 1994, the McLaren F1 was the fastest and most expensive car. Even though it was built 15 years ago, it has an unbelievable top speed of 240 mph and reaching 60 mph in 3.2 seconds. Even as of today, the McLaren F1 is still top on the list and it outperformed many other supercars.
4. Ferrari Enzo $670,000. The most known supercar ever built. The Enzo has a top speed of 217 mph and reaching 60 mph in 3.4 seconds. Only 400 units were produced and it is currently being sold for over $1,000,000 at auctions.
5. Pagani Zonda C12 F $667,321. Produced by a small independent company in Italy, the Pagani Zonda C12 F is the 5th fastest car in the world. It promises to delivery a top speed of 215 mph+ and it can reach 0-60 in 3.5 seconds.
6. SSC Ultimate Aero $654,400. Don't let the price tag fool you, the 6th most expensive car is actually the fastest street legal car in the world with a top speed of 257 mph+ and reaching 0-60 in 2.7 seconds. This baby cost nearly half as much as the Bugatti Veyron, yet has enough power to top the most expensive car in a speed race. It is estimated that only 25 of this exact model will ever be produced.
7. Saleen S7 Twin Turbo $555,000. The first true American production certified supercar, this cowboy is also rank 3rd for the fastest car in the world. It has a top speed of 248 mph+ and it can reach 0-60 in 3.2 seconds. If you are a true American patriot, you can be proud to show off this car.
8. Koenigsegg CCX $545,568. Swedish made, the Koenigsegg is fighting hard to become the fastest car in the world. Currently, it is the 4th fastest car in the world with a top speed of 245 mph+, the car manufacture Koenigsegg is not giving up and will continue to try and produce the fastest car. Good luck with that!
9. Mercedes Benz SLR McLaren Roadster $495,000. A GT supercar, the SLR McLaren is the fastest automatic transmission car in the world with a top speed of 206 mph+ and reaching 60 mph in 3.8 seconds. It is a luxurious convertible with a really powerful engine, which results in outstanding performances and style.
10. Porsche Carrera GT $440,000. A supercar with dynamic stability control and a top speed of 205 mph+ and it can reach 0-60 in 3.9 seconds. The Porsche Carrera GT applies the absolute calibers of a true racing car to offer an unprecedented driving feeling on the road.
p/s : gaji penulis sepanjang hayat, belum tentu dapat beli..
Posted by ibnu ismail al-serkami at 01:07 0 comments
Labels: knowledge
MSI Wind U135
Intel® Atom™ Processor N450 (512K Cache, 1.66 GHz)
1GB DDR2 RAM (Upgradeable to 2GB)
250GB SATA Hard Disk Drive
10′ Widescreen Display 1024×600 (WSVGA)
Intel NM10 System Chipset
Intel GMA 3150 Graphic Chipset
Built-in 1.3 Mega Pixel Webcam
802.11b/g/n WLAN Card
Bluetooth V2.0 + EDR
4-in-1 Card Reader
6 Cells Batter
Microsoft Windows 7 Starter
MSI Wind U135 Price in Malaysia at the time of writing: RM1399.00
Posted by ibnu ismail al-serkami at 00:39 0 comments
Labels: laptop
Lenovo IdeaPad S10
Intel Atom Processor N270 (1.6Ghz)
1024MB DDR2 Ram
160GB SATA Hard Disk Drive
Intel Graphics Media Accelerator 950
10.2″ WSVGA LCD Display
802.11b/g Wireless Adapter
5 in 1 Card Reader
Integrated Webcam
Integrated Bluetooth Adapter
3 Cell Lithium Ion Battery
Microsoft Windows XP Home Edition
Price at the time of writing: RM1699.00
Posted by ibnu ismail al-serkami at 00:22 0 comments
Labels: laptop
Asus Eee PC 1002HA
Intel Atom N270 1.6GHz
1GB RAM
160GB Hard Disk Drive (Upgradeable to 320GB)
10GB Eee Online Storage
10″ Widescreen LCD
802.11b/g/n Wireless Adapter
Bluetooth Adapter
Multitouch Trackpad
MMC/SD/SHDC Card Reader
1.3 Megapixel Webcam
Microsoft Windows XP Home Edition
Asus Eee PC 1002HA price at the time of writing: RM1900
Posted by ibnu ismail al-serkami at 00:14 2 comments
Labels: laptop
Acer Aspire One 523H
Intel® Atom™ Processor N450 (1.8GHz)
1GB DDR2 RAM
250GB SATA Hard Disk Drive
10.2′ Widescreen Display 1024×600 (WSVGA)
Intel NM10 System Chipset
Intel GMA 3150 Graphic Chipset
Built-in 1.3 Mega Pixel Webcam
802.11b/g/n WLAN Card
Bluetooth V2.0 + EDR
4-in-1 Card Reader
6 Cells Battery
Microsoft Windows 7 Starter
Acer Aspire One 523H price in Malaysia at the time of writing: RM1299.00
Posted by ibnu ismail al-serkami at 00:10 0 comments
Labels: laptop
Compaq Presario CQ40-401AU
AMD Turion X2 Dual Core (2.0 Ghz)
14″1 WXGA Widescreen LCD
ATI Radeon HD 3200 Graphics
250GB Hard disk drive
1024MB DDR2 Ram
DVD+/-RW Double Layer Drive
802.11 b/g Wireless Adapter
5 in 1 Card Reader
Built in webcam
6 Cell Lithium-Ion battery
FreeDOS Operating System
Compaq carrying bag
Price at the time of writing: RM1849.00
Posted by ibnu ismail al-serkami at 00:07 0 comments
Labels: laptop
Monday, 23 August 2010
Kelebihan Ramadhan
Sabda Nabi S.A.W.: diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat terdahulu sebelumnya:-
a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bau kasturi di sisi Allah S.A.W..
b) Segala perbelanjaan dan derita laparnya selama dia berpuasa adalah syurga balasannya.
c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatulqadar.
d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan, digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa kerana ianya bagi-Ku, Aku balas kepadanya bagi yang berpuasa menahan syahwatnya, makan minumnya kerana Aku.
e) Dan mereka dikurniakan nikmat, ketika keseronokan ketika berbuka dan ketika menemui Tuhan di Akhirat.
Posted by ibnu ismail al-serkami at 23:36 0 comments
Labels: ramadhan
Tips Berhenti Merokok
1. Lengahkan masa sekurang-kurangnya 5 minit sebelum menyalakan rokok.
2. Minum air masak dan elakkan minuman berkafein.
3. Sibukkan diri untuk mengalih perhatian dan melupakan rokok.
4. Jauhi diri daripada orang yang merokok.
5. Elakkan diri dari tempat ramai orang merokok.
6. Tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan.
7. Kunyah gula-gula getah dan buah-buahan tapi elakkan benda manis.
8. Basuh tangan kerana tangan yang basah mengelakkan anda memegang rokok.
9. Mandi dengan kerap.
10. Lakukan senaman ringan apabila merasa mengantuk.
11. Berdoa agar dikuatkan azam dan ditingkatkan usaha.
p/s : harap-harap berkesan bagi orang yang merokok...
Posted by ibnu ismail al-serkami at 08:22 0 comments
Labels: knowledge
Sunday, 22 August 2010
Masa berjima' yang Dituntut
2. Pada malam Selasa.
Jika allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.
3. Pada malam Khamis.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorangCara berjimak yang dituntut.
4. Sewaktu matahari di tengah langit.
5. Pada malam Jumaat.
6. Hari Jumaat selepas asar.
7. Malam Jumaat selepas Isyak yang akhir.
8. Bacalah doa berlindung dari syaitan.
p/s : bagi mereka yang sudah berkahwin...
Posted by ibnu ismail al-serkami at 08:36 0 comments
Labels: islam
Siapakah kita?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Aalamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.
Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita – cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa – apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.
Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.
Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.
Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w.
Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.
Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak
diendahkannya.
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi (Wahai Tuhanku) Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi
Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.
Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.
Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.
Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.
Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu ditipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.
Siapakah orang yang bijak?
Orang yang bijak ialah orang yang tidak membiar atau membuang risalah ini begitu sahaja, malah dia akan menyampaikan pula pada orang lain.
Posted by ibnu ismail al-serkami at 01:31 0 comments
Labels: knowledge
Friday, 20 August 2010
Youth of Olympic
Akhirnya sukan yang julung-julung kali diadakan, Youth of Olympic (YOG) telah berlangsung di Singapura, pada 14-26 Ogos 2010. Sebanyak 26 acara sukan yang dipertandingkan dan disertai hampir 5000 belia di seluruh negara, tidak terkecuali Malaysia. Ini membuka peluang kepada semua remaja yang bertanding, yang mewakili negara masing-masing menonjolkan bakat mereka, agar dapat diserap ke Sukan Olimpik yang sebenar di London 2012.
Apa yang kita harapkan sebagai rakyat Malaysia, belia-belia ini dapat memberikan sesuatu impak yang besar, dalam merealisasikan program "Road To London" yang dibuat oleh kerajaan. Acara-acara yang popular di negara kita, seperti badminton dan renang dapat menuai pingat di kejohanan tersebut. Kejohanan kali ini nampaknya, Malaysia tidak menghantar skuad yang besar, tidak seperti negara-negara yang lain. Ini sekaligus dapat memberikan pengajaran yang amat berguna kepada semua atlet sebelum bergerak ke London.
Sama-samalah kita berdoa agar atlet kita dapat membuat kejutan di kejohanan tersebut kelak.
p/s : comel lah maskot-maskot dia..
Posted by ibnu ismail al-serkami at 02:07 0 comments
Labels: event
15 Things You Shouldn't Be Paying For
Posted by ibnu ismail al-serkami at 00:38 0 comments
Labels: knowledge
Thursday, 19 August 2010
Mustajabnya Doa bila?
(1). Sepertiga Akhir Malam
(2). Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa
(3). Setiap Selepas Solat Fardhu
(4). Ketika Berperang
(5). Ketika Hari Jumaat
(6). Ketika Qiyamullail Dan Baginya Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berzikir Kepada Allah
(7). Doa Di antara Azan dan Iqamah
(8). Doa Ketika Waktu Sujud di Dalam Solat
(9). Ketika Sedang Hujan
(10). Ketika Seseorang Meninggal Dunia
(11). Ketika Lailatul Qadar
(12). Doa Ketika Hari Arafah
p/s : perbanyakkanlah berdoa di hari-hari tersebut...
Posted by ibnu ismail al-serkami at 05:32 0 comments
Labels: renungan
Wednesday, 18 August 2010
Rukun Iman
(1) Beriman kepada Allah S.W.T..
(2) Beriman kepada Malaikat.
(3) Beriman kepada Kitab.
(4) Beriman kepada Rasul.
(5) Beriman kepada Hari Kiamat.
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar.
Posted by ibnu ismail al-serkami at 23:09 0 comments
Labels: islam
Wasiat Nabi S.A.W. kepada Ali .K.W.J.
1. Hai Ali! bagi orang celaka tiga alamatnya; makanan yang haram, menjauhkan orang alim, dan menjauhkan petunjuk yang benar.
2. Hai Ali! bagi orang yang rosak akalnya ada tiga tanda; meringan-ringankan apa yang difardhukan Allah, banyak berkata-kata dalam berzikir; dan mencela Allah.
3. Hai Ali! bagi orang yang riak tiga alamatnya; menyempurnakan rukuknya dan sujudnya apabila sembahyang bersama manusia, dikuranginya ketika sembahyang bersendirian, dan suka terhadap orang yang memujinya, dan berzikir di tempat orang ramai.
4. Hai Ali! bagi orang munafiq ada tiga tandanya; apabila bercakap ia berdusta, bila berjanji tidak ditepati, bila diamanahkan ia berkhianat, dan tidak bermanfaat kepadanya pengajaran dan peringatan yang diberikannya.
5. Hai Ali! bagi orang kafir tiga tandanya; ragu pada zat Allah, benci terhadap hamba Allah yang beribadat kepada Allah, dan lalai daripada taat kepada Allah.
6. Hai Ali! bagi orang yang bertaubat tiga alamatnya; menjauhkan yang haram, gemar menuntut ilmu agama, dan tidak akan kembali membuat dosa.
Posted by ibnu ismail al-serkami at 01:38 2 comments
Labels: renungan
Kelebihan Terawih pada Bulan Ramadhan
Malam Pertama:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy’ supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi’raun dan Hamman.
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.
Allahsubhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).
Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratolmustaqim seperti kilat menyambar.
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar”.”
Posted by ibnu ismail al-serkami at 00:19 0 comments
Labels: ramadhan