BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 16 October 2010

12 Barisan Manusia, Menuju Akhirat

Barisan pertama:
   Diiringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki. Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :-
   "Mereka adalah orang yang menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yang sombong dan tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan di dunia mahupun di akhirat".
Firman Allah S.W.T lagi:-
   "Aku akan memalingkan hati orang yang sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayat-Ku (yang menunjukkan kekuasaan-Ku), itulah balasan dan tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:
   Diiringi dari kubur dalam bentuk babi hutan, lalu datang seruan Allah S.W.T.: "Mereka orang yang meringankan solat sewaktu hidup, sesungguhnya orang yang memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari seksa kubur dan sebaliknya, mereka yang mengabaikannya, maka waktu dia mati, mayatnya akan dihimpit oleh liang lahad sehingga berselisih tulang rusuk".
   Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat, maka diletakkan semua dosanya di atas kepala dan kedua-dua bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa-dosa itu.

Barisan ke-3:
   Diiringi dari kubur dengan bentuk keldai dengan perut penuh ular serta kala jengking. Mereka adalah orang yang enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dalam orang yang berkemampuan. Inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
   Diiringi dari kubur dalam keadaan darah memancut keluar dari mulut. Mereka adalah antara orang yang suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yang diperoleh datang dari sumber yang halal.

Barisan ke-5:
   Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai. Ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar. Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. Inilah balasannya dan tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:
   Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan. Mereka adalah orang yang dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:
   Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah dan nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yang enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:
   Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik, kepala ke bawah dan kaki ke atas. Mereka adalah orang yang melakukan zina. Tempat mereka juga adalah di neraka.
   Sabda Rasulullah S.A.W.: "Tiada bersunyi-sunyian antara seorang lelaki dan wanita, melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:
   Diiringi dari kubur dengan wajah hitam dan bermata biru, sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. Mereka adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:
   Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh berpenyakit sopak dan dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:
   Diiringi dari kubur dalam keadaan buta, gigi panjang seperti tanduk lembu jantan, bibir terjuih hingga ke dada dan lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yang menjijikkan. Mereka ini adalah orang yang minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
   Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar-sinar seperti bulan purnama. Mereka melalui titian Siratul Mustaqim seperti kilat. Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan:
   "Mereka semasa hidupnya adalah orang yang beramal soleh dan melakukan kebaikan. Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat 5 waktu dan meninggal dunia dalam keadaan bertaubat. Inilah balasan mereka dan tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah S.W.T".

0 comments: