BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 20 August 2010

Youth of Olympic

Assalamualaikum..

Akhirnya sukan yang julung-julung kali diadakan, Youth of Olympic (YOG) telah berlangsung di Singapura, pada 14-26 Ogos 2010. Sebanyak 26 acara sukan yang dipertandingkan dan disertai hampir 5000 belia di seluruh negara, tidak terkecuali Malaysia. Ini membuka peluang kepada semua remaja yang bertanding, yang mewakili negara masing-masing menonjolkan bakat mereka, agar dapat diserap ke Sukan Olimpik yang sebenar di London 2012.

   Apa yang kita harapkan sebagai rakyat Malaysia, belia-belia ini dapat memberikan sesuatu impak yang besar, dalam merealisasikan program "Road To London" yang dibuat oleh kerajaan. Acara-acara yang popular di negara kita, seperti badminton dan renang dapat menuai pingat di kejohanan tersebut. Kejohanan kali ini nampaknya, Malaysia tidak menghantar skuad yang besar, tidak seperti negara-negara yang lain. Ini sekaligus dapat memberikan pengajaran yang amat berguna kepada semua atlet sebelum bergerak ke London.

   Sama-samalah kita berdoa agar atlet kita dapat membuat kejutan di kejohanan tersebut kelak.

p/s : comel lah maskot-maskot dia..

0 comments: