BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 26 August 2010

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan kepada para pembaca sekalian. Bersua kita di bulan yang mulia, di mana bulan untuk semua umat Nabi Muhammad S.A.W.. Bulan di mana 10 hari pada awalnya adalah rahmat, 10 hari dipertengahan adalah keampunan dan 10 hari terakhir pula adalah terlepas dari azab kubur. Bulan di mana diturunkan kitab untuk umat-umat Nabi S.A.W., Al-Quran dan diturunkan malam yang bernilai, sama seperti beribadat dalam 1000 bulan (83 tahun) iaitu Lailatulqadar. Terdapat banyak kelebihan di bulan ini, antara yang terdapat Hadith adalah, orang yang bersembahyang pada bulan Ramadhan, tiap kali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah di dalam Syurga daripada permata. Bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 70,000 malaikat meminta ampun baginya daripada pagi sehingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai untuknya.

   Kelebihannya juga adalah barangsiapa yang berdoa di dalam bulan Ramadhan, akan dikabulkan Allah S.W.T.. Puasa sebenarnya dapat melatih kita agar lebih berdisplin dalam hidup, mengawal hawa nafsu di samping, menambahkan amalan kita dan dapat mengurangkan penyakit. Kajian yang dilakukan oleh Mark Pardon, seorang doktor dari Barat, yang gigih melakukan kajian tentang ibadah puasa menyatakan  "semua orang perlu berpuasa walaupun dia tidak sakit kerana racun makanan dan ubat-ubatan yang tertinggal akan dibakar. Akhirnya lemak itu akan hilang sama sekali sehingga tubuhnya menjadi bersih kembali".

   Kesimpulannya, apa yang dilakukan oleh Nabi S.A.W. dan doktor Barat tadi, dapat disimpulkan kelebihan tantang puasa, sama ada dari segi duniawi atau akhirat. Sentiasalah beristiqamah dalam setiap amalan kita, agar kita sama-sama mendapat keredhaan Allah S.W.T.. Insya-Allah, saya sentiasa meng"update"kan kelebihan-kelebihan tentang Ramadhan. Syukran wa jazakallahukhairan kasirah..

0 comments: